Info Kolej Multimedia Timur


New intake: May 2012
For more info click here: www.mmc.edu.my

"PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG!"


Klik yang mana suka!

ads ads ads ads ads

Saya tak berhenti berfikir, "Perlu ke saya fikir?"

>> Wednesday, January 6, 2010

Pelik. Sehingga menyebabkan saya tak berhenti berfikir, "Perlu ke saya fikir?"

Dimulakan cerita. Pagi. Saya tiba di tempat kerja seperti biasa. Lihat gambar di bawah ini.
Nampak kerusi hitam itu? Apabila suis lampu sudah dipasang semuanya, saya duduk di kerusi itu. Sedikit penerangan tentang kerusi. Ketinggiannya boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Sedikit skema ayat ini. Namun, tanpa ianya perlu dilaraskan oleh tangan saya, apabila saya duduk, ia menjadi rendah dengan sendiri. Alahai.. Kerusi.. Kerusi.. Mahu bergurau dengan saya pepagi buta. Buta ke? Dah cerah la wei.. Assumption saya, mungkin ada kelonggaran di mana-mana. Abaikan perasaan pelik itu.

Kisah kedua ini tiada gambar untuk dilihat. Cuma memerlukan imaginasi yang agak tidak tinggi. Sedang saya ralit mengadap PC di kaunter (gambar di atas boleh dijadikan rujukan), sebaris lampu di siling terpadam. Terpana saya dibuatnya (Ayat apakah ini). Saya dan Iz saling berpandangan. Pelik. Hairan. Lalu saya menanti, kalau-kalau lampu itu mahu menyala semula. Hampa. Keadaan tidak seperti yang diharapkan. Saya bangun, terus menuju ke suis lampu yang berada di luar kaunter. Untuk ke suis, saya perlu melintasi kaunter itu.

Saya lihat suis. Perasaan hairan sekali lagi menerpa. "Siapa yang 'off'kan suis ini", berbicara sendirian sambil menggaru kepala yang tidak gatal (ayat novel). Suis dipasang kembali dan lampu menyala. Saya kembali duduk di kerusi dengan persoalan-persoalan ini. Kalau ada orang offkan, mesti saya nampak kan? Sebab kedudukan suis-suis itu tidak lepas dari pandangan mata saya dari kaunter itu. Kalau ada orang masuk and 'off'kan suis, mesti saya dah dengar pintu dibuka dan suis itu ditutup kan? Tapi.. Semua persoalan itu tetap menjadi persoalan tanpa ada jawapannya. Suis lampu pun nak bergurau dengan saya. 

Misteri. 

p/s:
*Thank you saudara Muslim (MohdMuslim.com) atas reward yang diberikan untuk contest komen banyak-banyak @ DiaryKL.com.

**Thanks Lizz (Lizarazak.com) atas hadiah Contest 3 in 1: Request Topik Artikel itu. 

15 comments:

Eyriqazz January 6, 2010 10:13 PM  

dugaan...

Kuiz Bersama Eyriqazz@Great Teacher Onizuka

Fathiha Zainal January 6, 2010 10:16 PM  

Eyriqazz,
Huhu.. Ya. Dugaan~

chamn January 6, 2010 11:08 PM  

misterinye tiha.. tiha.. apesal link saye kt ats tu kelabu sedangkan yg lain seme merah? penyertaan terbatal k?

Fathiha Zainal January 6, 2010 11:17 PM  

chamn,
Misteri kn? Huhu..
Terbatal? Xla.. Kt sy sume link tu jd kelabu. Xde ape lah. Link tu jd kelabu, sbb it's visited kot.

chamn January 6, 2010 11:19 PM  

ooo ye k?
hurm..ade litar pintas kot..

black_mel January 7, 2010 12:33 AM  

sy smbung.....

sy(tiha) kembali ke kerusi hitam itu kembali,sedang sy sedang asyik mengadap komputer itu,tiba2 suis itu terpadam sekali lagi tetapi kali ini disertai dengan bau yang amat busuk.
serta merta bulu roma sy tegak berdiri dan sy memerhatikan iz kalau2 dia merasakan benda yang sama,tetapi apabila sy melihat iz,dia hanya tersenyum simpul menyingkap 1000 persoalan.....

jeng...jeng....jeng...

Fathiha Zainal January 7, 2010 7:16 AM  

black_mel,
Hek3! Bleh plak die smbung cte. Kasi soram jo.. =p

haLyZaQiut January 7, 2010 10:20 AM  

fuyoohhh...misterinya citer ni...leh wat citer..."Jangan tutup suis lagi.."
-_-

*sampai skrg ke xde jawapan..?

Fathiha Zainal January 7, 2010 10:33 AM  

haLyZaQiut,
Hmm.. Misteri kn???
Yups! Still xde jwpn yg pasti. Huhu~

balqisuzma January 7, 2010 11:22 AM  
This comment has been removed by the author.
balqisuzma January 7, 2010 11:23 AM  

ehe bese la tu tiha jgn tkut yer...bebek kn ader..ehe =p

Fathiha Zainal January 7, 2010 2:32 PM  

balqisuzma,
Huhu.. Bebek ada pn dia leh wtpe. Die taw nyanyi jew..

lifestreamz January 7, 2010 3:54 PM  

dugaan je tu kot

Fathiha Zainal January 8, 2010 10:18 AM  

lifestreamz,
Yaa.. Dugaan~
NK sedapkan hati.. HUhu..

sunglasses September 11, 2010 3:22 PM  

dugaan

MMC Terengganu New Intake Application Form

Nama:
No KP:
Alamat surat menyurat:
Email:
No Tel:
Memohon untuk ambilan: May 2012
Julai 2012
Disember 2012
Program pilihan: (2 pilihan utama) Dip. in Management with Multimedia
Dip. in Marketing with Multimedia
Dip. in Technology (Telecommunication Eng)
Dip. in Creative New Media *July 2012
Keputusan SPM (Sila fakskan salinan keputusan):

Click here to create your own form.

  © Copyright Ubiquitous Moment  Template by Our Blogger Templates

Back to TOP