Info Kolej Multimedia Timur


New intake: May 2012
For more info click here: www.mmc.edu.my

"PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG!"


Klik yang mana suka!

ads ads ads ads ads

Contest by Orkid Edyliyne: My Odd Behavior! Pelik-pelik betullah!

>> Thursday, April 7, 2011

Hai hai hai!! Kali ini saya join satu contest setelah sekiaaaaaan lama tak join online contest! Bukan tak nak join. Tapi.. It's all about M-A-S-A! Masa yang tak mengizinkan. 

Ok. Contest yang saya nak join ni dianjurkan oleh seorang cik blogger yang comel lote dengan bear Mr Bean ni.


Contest yang dianjurkan oleh Cik OE ni bertajuk:
ODD BEHAVIOR CONTEST! Nak tahu lebih lanjut, sila klik banner di atas!
 
Now, bagi memenuhi syarat contest, saya listkan perangai pelik saya. Malunyewww.. Hihi! 
  • Geli kucing. Tapi anak kucing tak apa. Tak geli. Di bawah ini gambar anak kucing yang ada di rumah saya. Kecik macam tu memang saya boleh pegang lagi. Tapi bila dah besar nanti, memang tak la saya nak pegang. Pelik kan?? Dan saya sangat tak boleh bila kucing datang gesel-gesel badan dia di kaki saya. Automatik saya akan lompat atau naikkan kaki saya atas kerusi. Geliiii laaa!!
  • Kalau dah geli kucing, mesti binatang lain macam arnab saya geli juga kan? Tapi tak! Arnab saya tak geli. Siap boleh peluk lagi! Padahal dedua binatang berbulu dan berdarah panas! Haa.. Pelik tak? Pelik tak?
  • Bila dah selesa dengan satu sandal, kasut atau selipar, hanya yang satu tu je akan dipakai sampai la rosak atau putus. Dan.. Bila tiba part nak beli lain (nak ganti baru) still akan cari yang exactly sama design macam yang dah rosak itu. Pelik tak?
  • Perangai yang paaaaaling pelik selama saya hidup 24 tahun ni ialah - Walaupun saya tak mengantuk tahap gaban pun, apabila saya kata nak tidur, dalam masa tak sampai 5 minit saya dah boleh lelap! Tak percaya? Tanyalah kawan-kawan saya ketika belajar di UiTM Perlis dulu. Saya sangat mudah nak lelap. Sampaikan depa dengki dengan saya tau! 
  • Next, saya tak boleh dengar guruh! Kalau dengar guruh, automatik tangan saya akan tutup telinga dan mata saya terpejam rapat-rapat! Sebabnya, saya fikir, selepas bunyi guruh, nanti akan ada cahaya yang terang itu iaitu KILAT! Saya sangat fobia dengan bunyi guruh dan kilat.
  • Saya tak suka makan burger daging! Tapi daging yang masak biasa-biasa tu saya makan kecuali daging burger. Sebabnya.. Ada suatu hari saya makan burger daging, dagingnya itu rasa pelik. Maybe dah busuk. So sejak itu, saya tak makan burger daging. 
  • Secara jujurnya saya sangat tak suka warna PINK! Tapi.. Baju, beg barang make-up dan barang lain kebanyakannya berwarna PINK! But.. Percayalah! Saya memang tak minat warna PINK sebaliknya warna BIRU dan MERAH! 
  • Lagi perangai pelik saya, saya sangat sukaaaa dan gerrraamm tengok TEDDY BEAR! Memang pantang jumpa teddy bear yang comel, gebu dan gemok di kedai or shopping complex, mesti dan mesti saya akan berlari-lari pergi kat teddy tu. Peluk! Penyek! Penyek lagi sampai la hilang rasa geram! Eiii.. Sangat-tidak-malu kan???!  
  • Saya sangat takut dan tak pandai LINTAS JALAN. Kalau dengan orang lain, saya akan tunggu di belakang orang dan lintas sekali. Kalau saya seorang diri, alamatnya saya akan cari jejambat atau tunggu sehingga jalan kosong tak ada kenderaan! 
  • Saya tak boleh tengok orang baca paper, buku or apa sahaja yang ada tulisan banyak dalam kenderaan bergerak. Yang sebenarnya, saya sendiri pun tak boleh membaca dalam kenderaan yang tengah bergerak. Pening! Tak tipu! Ini betul punya.
  • Saya pernah mengadap laptop, tengok 3 movies berlainan tajuk non-stop dalam masa 1 hari! Dan ketiga-tiga movies itu adalah cerita seram dan cerita bunuh-bunuh orang! Dahsyat kan? In fact, saya sangat-sangat-dan tersangat suka tengok filem seram, hantu-hantu dan full of actions tu! Nampak je muka ayu macam ni.. Wahaha!
  • Ok. Ini last punya. Perangai pelik saya ialah saya tak suka handphone yang keypadnya selain keypad yang ada nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan simbol * dan #. So, walau secanggih mana pun handphone itu, kalau tak ada keypad yang macam saya nak tu, saya tak nak beli. Pernah 1 hari tu ayah saya offer nak beli handphone Nokia E71. Saya cakap tak nak sebab keypad QWERTY tu. Ishk! Tolak rezeki tul! Ayah dah offer, sambar aje la patutnya kan? Hihi! So, syarat utama saya nak beli handphone mesti ada numeric keypad tu. Contoh macam ini: 
Atau..


Ada lagi sebenarnya. Tapi.. Cukup la tu kan? Hehe.. Malu la I kalau nak letak banyak-banyak. Hik! Hik! So, kepada Cik OE, terimalah pengakuanku ini untuk join contest kamu! >_6

Saya nak tag semua orang yang baca entry ini untuk join contest ini. Haaaa! Siapa dah baca tu, join lah!

MMC Terengganu New Intake Application Form

Nama:
No KP:
Alamat surat menyurat:
Email:
No Tel:
Memohon untuk ambilan: May 2012
Julai 2012
Disember 2012
Program pilihan: (2 pilihan utama) Dip. in Management with Multimedia
Dip. in Marketing with Multimedia
Dip. in Technology (Telecommunication Eng)
Dip. in Creative New Media *July 2012
Keputusan SPM (Sila fakskan salinan keputusan):

Click here to create your own form.

  © Copyright Ubiquitous Moment  Template by Our Blogger Templates

Back to TOP